
Selamat Datang ke laman web Kompleks Anjung Husnul Khatimah (KAHK). Dengan izin Allah SWT, KAHK telah hampir siap sepenuhnya. Mula beroperasi bulan Julai 2026.
a. Mendidik masyarakat Islam untuk mempraktik Islam seutuhnya dengan azam mengakhiri hayat dengan kalimah Syahadah dalam Husnul Khatimah.
b. Menyediakan program tarbiyyah Husnul Khatimah untuk berbagai peringkat umur dari alam kanak-kanak/remaja, orang dewasa, warga emas dan insan hujung usia.
c. Menyediakan berbagai kemudahan untuk memberi keselesaan kepada mereka yang menyertai program agar proses pembinaan diri berjalan dengan selesa dan sentiasa menyegarkan.
d. Mengendalikan program membina sahsiah Muslim sejati secara berkala seperti Ihya’ Ramadan, Daurah Islamiyyah dan berbagai program yang melibatkan kepelbagaian masyarakat Islam.


Terdapat 6 program jangka pendek seperti berikut:
1. Anakku Ahli Syurga (7 - 12 tahun).
2. Menyuburkan Potensi Remaja Harapan Ummah (18 - 30 tahun).
3. Keluargaku Penghuni Syurga (melibatkan ibu-ayah dan anak-anak).
4. Insan Dewasa Ahli Syurga (31 - 50 tahun).
5. Insan Warga Emas Ahli Syurga (51 - 65 tahun).
6. Insan Hujung Usia Ahli Syurga (65 tahun ke atas).
Program jangka panjang memberi penekanan kepada pembinaan pesonaliti Muslim sejati berdasarkan kemampuan para peserta mempraktik ilmu Fardu Ain dan ilmu-ilmu Islam yang lain. Ini dilakukan sebagai persediaan mengakhiri hayat dalam Husnul Khatimah. Peserta program kategori ini akan menjadi penghuni kekal dan mereka perlu memiliki dan mewakafkan unit-unit Studio Villa yang telahpun disiapkan. Terdapat juga kemudahan menyertai program dalam kategori ini secara sewaan bulanan.
Badan-badan kerajaan dan swasta, NGO-NGO, persatuan/pertubuhan, rumah-rumah kebajikan, masjid/surau/madrasah dan berbagai agensi dialu-alukan untuk membuat lawatan bagi menyaksikan sendiri suasana persekitaran, kemudahan yang disediakan dan mendengar taklimat daripada salah seorang daripada pengasas yang diberi amanah membangunkan KAHK.
KAHK mengalu-alukan semua pihak yang berhajat untuk menggunapakai ruang, kemudahan dan sajian makan/minum yang disediakan di KAHK. Penggunaan ini termasuklah acara-acara sosial seperti hari keluarga, majlis perkahwinan, re-union, sambutan hari jadi dan berbagai acara lain yang melibatkan organisasi/pertubuhan, persatuan dan sebagainya.


.jpeg/:/cr=t:16.28%25,l:0%25,w:100%25,h:42.41%25/rs=w:370,h:278.1954887218045,cg:true)








Bagi memperkemaskan lagi kemudahan yang terdapat di KAHK, pembinaan bangunan-bangunan berikut akan diteruskan. Antaranya termasuklah: Dewan Utama, blok pentadbiran, tambahan Studio Villa khusus untuk asnaf, bilik rawatan/kamar pesakit, sebuah bas mini untuk menyediakan kemudahan pengangkutan golongan asnaf dan lain-lain peserta. Ini juga termasuk mengongkosi yuran-yuran penyertaan program di kalangan para asnaf.


Our amazing team of regulars and part-time volunteers are committed to helping others. We take our convictions and turn them into action. Think you would be a good fit? Get in touch for more information!

Our amazing team of regulars and part-time volunteers are committed to helping others. We take our convictions and turn them into action. Think you would be a good fit? Get in touch for more information!

Seeing a need for energetic, nonprofit work in this area, we formed our organization to provide sensible solutions. We've consistently grown since then, all thanks to the helping hands of this amazing community!

We focus on making the maximum positive effort for our community. Our members and volunteers provide the momentum that helps us affect change. Using data-driven models, we provide solutions that make a long-lasting difference.
We love our customers, so feel free to visit during normal business hours.
Kompleks Anjung Husnul Khatimah
Open today | 09:00 am – 05:00 pm |
Sign up to hear from us about specials, sales, and events.
Copyright © 2026 Yayasan Husnul Khatimah - All Rights Reserved.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.