top of page
AHK Gemini_GeneratedBALAI ISLM.png

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Selamat Datang ke Kompleks Anjung Husnul Khatimah

Mengakhiri Hayat Dengan Kalimah Syahadah Dalam Husnul Khatimah

Kompleks Anjung Husnul Khatimah (KAHK) diurus secara bukan untuk tujuan keuntungan (non-profit making) menyediakan platform tarbiyyah akhiri hayat dengan Kalimah Syahadah dalam Husnul Khatimah. Peserta dari berbagai lapisan umur kanak-kanak, remaja, dewasa, warga emas hinggalah insan hujung usia dialu-alukan untuk menyertai program kami.

PROFIL KOMPLEKS ANJUNG HUSNUL KHATIMAH

NAMA PROJEK

Anjung Husnul Khatimah (AHK)

 

LOKASI

Kampung Lebu, Mukim Bentong, Pahang Darul Makmur.

 

LUAS KAWASAN

7 ekar tanah diwakafkan oleh sepasang suami isteri dari Temerloh, Pahang Darul Makmur.

 

PEMILIK TERKINI

Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

 

RAKAN STRATEGIK

Wakaf Pahang (Agensi di bawah MUIP).

 

PRINSIP PELAKSANAAN PROJEK

KHK menggunakan sistem wakaf dalam usaha pembangunannya disamping menerima sumbangan dalam bentuk  zakat (wakalah), sedekah, infak dan fisabilillah.

 

KEUNIKAN PROJEK

  • Satu-satunya projek tarbiyyah rohiyyah yang menggunakan Kalimah Husnul Khatimah sebagai kata kunci kepada usaha pembangunan yang dijalankan di Kompleks ini.

  • Program dirangka secara intensif dan bersepadu (integrated) dengan memberi penekanan kepada ilmu dan amal di samping menerapkan elemen riadah, berinteraksi santai dan jalinan ukhuwwah Islamiah. Hubungan kekeluargaan sentiasa diberi perhatian utama. 

  • Semua program mensasarkan ahli keluarga dengan matlamat menjadikan mereka semuafakat untuk menjalani kehidupan bagi mengakhiri hayat dengan Kalimah Syahadah dalam Husnul Khatimah.

  • Berbekalkan Agenda Bertindak dengan rangka pelaksanaan yang mudah, peserta akan merasa lebih selesa untuk memperbaiki diri sebagai persediaan mengakhiri hayat dengan Kalimah Syahadah dalam Husnul Khatimah. 

 

AL MUTAWALLI (PENGURUS HARTA WAKAF)

Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah melantik dan mengeluarkan Sijil Mutawalli kepada Yayasan Husnul Khatimah (YHK). Lantikan ini menjadikan YHK sebagai badan yang bertanggungjawab membangun, mengurus dan mengisi program pentarbiyyahan yang dikendalikan.

 

MULA BEROPERASI

Julai 2026.

MATLAMAT PENUBUHAN

KAHK mempunyai matlamat berikut:

 

  1. Mendidik masyarakat Islam untuk mempraktik Islam seutuhnya dengan azam mengakhiri hayat dengan Kalimah Syahadah dalam Husnul Khatimah.

  2. Menyediakan program tarbiyyah Husnul Khatimah untuk berbagai peringkat umur dari alam kanak-kanak/remaja, orang dewasa, warga emas dan insan hujung usia.

  3. Menyediakan berbagai kemudahan lengkap untuk memberi keselesaan kepada mereka yang menyertai program agar proses pembinaan diri berjalan dengan selesa dan sentiasa menyegarkan.

  4. Mengendalikan program membina sahsiah Muslim sejati secara berkala seperti Penghayatan Ramadan (menginap sepanjang Ramadan), Daurah Islamiyyah dan berbagai program bertujuan meningkatkan ilmu dan keupayaan mengamalkannya. 

PROGRAM YANG DIKENDALIKAN

PROGRAM JANGKA PENDEK

MENYUBURKAN POTENSI REMAJA HARAPAN UMMAH

07/09/2026 - 16/09/2026

KELUARGAKU PENGHUNI SYURGA

14/08/2026 - 16/08/2026

ANAKKU AHLI SYURGA

31/08/2026 - 03/09/2026

(Mulai Oktober 2026)

PROGRAM HUJUNG BULAN KELUARGA HUSNUL KHATIMAH

Program ala bersantai ini melibatkan ahli keluarga terdekat (ibu ayah dan anak-anak) bertujuan untuk menyemai dan menyuburkan kasih sayang seisi keluarga disamping meletakkan matlamat dan daya usaha yang boleh membawa setiap ahli keluarga menuju ke pintu syurga.

Program ini menekankan peri pentingnya jalinan ukhuwwah AJK Masjid/Surau & ahli jemaah serta menambah baik cara pengendalian Rumah Allah tersebut.

PROGRAM PEMANTAPAN UKHUWWAH DAN  KECEKAPAN PENGURUSAN MASJID & SURAU

Program ini mensasarkan kepimpinan di kalangan murid dan ahli pasukan beruniform agar mereka lebih memahami tugasan, tanggungjawab serta berazam mengangkat martabat sekolah hingga menjadi sekolah terbaik.

PROGRAM MEMBANGUNKAN KEUPAYAAN DIRI (CAPACITY BUILDING) DAN KUALITI KEPIMPINAN (LEADERSHIP QUALITIES) PIMPINAN PELAJAR DAN AHLI BADAN-BADAN BERUNIFORM

PROGRAM

TARIKH

MAKLUMAT LANJUT

Program Jangka Pendek

PROGRAM JANGKA PANJANG

Program jangka panjang memberi penekanan kepada pembinaan pesonaliti Muslim sejati berdasarkan kemampuan para peserta mempraktik ilmu Fardu Ain dan ilmu-ilmu Islam yang lain. Ini dilakukan sebagai persediaan mengakhiri hayat dalam Husnul Khatimah. Peserta program kategori ini akan menjadi penghuni kekal dan mereka perlu memiliki dan mewakafkan unit-unit Studio Villa yang telahpun disiapkan. Terdapat juga kemudahan menyertai program dalam kategori ini secara sewaan bulanan.

Sebagai satu usaha menjalin hubungan erat antara keluarga terdekat, penghuni jangka panjang perlu diziarahi ahli keluarga terdekat sekurang-kurangnya sebulan sekali. Diharapkan ruang sedemikian dapat menambah eratkan hubungan kasih sayang diantara mereka yang terlibat.

Atas tujuan meluaskan pandangan dan merehatkan minda, penghuni jangka panjang KAHK secara berkala akan dibawa melawat tempat-tempat yang menarik yang berkaitan dengan amalan-amalan Islam yang ingin diterapkan.

LAWATAN PALING BERMAKNA

Badan-badan kerajaan dan swasta, NGO-NGO, persatuan/pertubuhan, rumah-rumah kebajikan, masjid/surau & madrasah, institusi pendidikan,  persatuan penduduk dan berbagai agensi dialu-alukan membuat kunjungan ke kompleks. Kunjungan seperti ini membolehkan pihak yang terlibat menyaksikan sendiri suasana persekitaran, kemudahan yang disediakan dan mendengar taklimat daripada salah seorang pengasas yang diberi amanah membangunkan KAHK.

Pengisian kerohanian dalam bentuk solat fardhu berjemaah, solat Dhuha berjemaah serta Qiyammulail (untuk peserta lawatan 2 hari) serta kuliah, tazkirah & tausiah menjadi pengisian asasnya. Zikir Munajat melibatkan setiap peserta sentiasa berkemundang disamping menadah tangan berdoa yang meruntun perasaan. Kunjungan yang penuh bermakna ini akan meninggalkan kesan yang mendalam  sehingga dapat membantu mencorak semulakan kehidupan untuk menjadi insan pilihan akhiri hayat dalam Husnul Khatimah seterusnya dipilih menjadi ahli syurga. 

Melengkapkan lawatan yang bermakna ini, para pelawat dibawa melawat ke Galeri Penjara Bentong bagi melihat dan membeli hasil-hasil tangan  dan juadah sejuk beku. Juga dibukakan peluang untuk mengunjungi pusat konservasi gajah Jabatan Perhilitan, ternakan rusa di Deerland Farm serta mengunjungi tempat jualan halia Bentong yang viral itu.

Sebagai acara selingan (jika bertepatan dengan musimnya), pelawat boleh menikmati kelazatan durian Bentong yang popular itu.  

Program kunjungan satu hari atau dua hari  sila klik link di bawah:

Zikir Munajat

TEMPAHAN MENGGUNAPAKAI FASILITI

KAHK mengalu-alukan semua pihak yang berhajat untuk menggunapakai ruang, kemudahan dan sajian makan/minum yang disediakan di KAHK. KAHK sesuai untuk menjadi tempat mengendali acara-acara rasmi jabatan kerajaan dan swasta, hari keluarga, majlis perkahwinan, re-union, sambutan hari jadi dan berbagai acara lain. 

Selain daripada fasiliti tersebut, KAHK juga menyediakan ruang jamuan yang agak luas, penginapan yang selesa, plot bercucuk tanam dan kemudahan beriadah serta bersantaian. 

SUMBANGAN MEMBANGUNKAN FASA KEDUA

Fasa 1 mengandungi Balai Islam, 3 Blok Asrama, 2 Dewan Kuliah, 1 Blok Rumah Masak dan Dewan Makan serta 26 unit Studio Villa (rumah kediaman mereka yang menyertai Program Jangka Panjang dan menjadi penghuni tetap AHK).  Pihak Yayasan dengan penuh hormat memohon sumbangan dalam bentuk waqaf, zakat (wakallah), infaq dan sedekah untuk pembangunan Fasa 2 KAHK.

 

Fasa 2 ini mengandungi Blok Pentadbiran, Dewan Utama, tambahan 2 Blok Pengajian, Bilik Rawatan dan Rumah Tumpangan untuk kegunaan keluarga terdekat menziarahi peserta Program Jangka Panjang. Sumbangan juga sangat diperlukan bagi membangunkan sebuah Blok Asnaf (kapasiti 50 orang) serta menaja yuran penyertaan golongan tersebut termasuk anak yatim bagi membolehkan golongan yang kurang bernasib baik ini menyertai program KHK. Sebuah bas mini diperlukan untuk kegunaan penghuni khususnya mereka yang kurang berupaya. Kesemuanya ini akan dilakukan dalam Fasa 2 menjelang hujung tahun 2026 ini.

STRUKTUR ORGANISASI

Polisi dan garis panduan pelaksanaan fungsi KAHK dirumus oleh Lembaga Pengarah Yayasan Husnul Khatimah. Di bawahnya terdapat Jawatankuasa Pengurusan dan Kewangan, Jawatankuasa Operasi dan Jawatankuasa Kurikulum Dan Silibus.

AKAUN YAYASAN HUSNUL KHATIMAH

Segala sumbangan sila gunakan akaun berikut:
Sila forwardkan resit sumbangan anda terus kepada: Urusetia ditalian 018-264 8706 untuk tujuan pengeluaran resit rasmi.
QR YHK.jpg.jpeg

PENGECUALIAN CUKAI (TAX EXEMPTION)

Kepada penyumbang yang memerlukan pengecualian cukai (tax exemption), sumbangan boleh dibuat menggunakan portal Wakaf Pahang seperti dibawah:
 
https://wakafpahang.my/projek/pembinaan-kompleks-anjung-husnul-khatimah/
 
Sumbangan akan dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967, No. Rujukan LHDN. 01/35/42/51/179-6.

INFO LANJUT

Info lanjut mengenai KAHK, penyertaan program dan sumbangan dana, bolehlah berurus terus kepada:

  • Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali: 019-213 0147/019-889 0147,

  • Puan Suraya: 018-264 8706,

  • Puan Nani: 019-346 1046 atau

  • Puan Zuraidah: 012-955 9651.

E-Mail

Alamat

KOMPLEKS ANJUNG HUSNUL KHATIMAH

LOT 8050, KG LEBU,

28700 BENTONG,

PAHANG DARUL MAKMUR

WhatsApp Image 2026-07-04 at 2.05.11 PM (2).jpeg

LOKASI KAMI

bottom of page